Najib kecam demo BERSIH 4 bertembung sambutan merdeka

  • 9 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam penganjur BERSIH 4 kerana merancang berhimpun sewaktu persediaan sambutan kemerdekaan tahun ini.

Pada ucapan sempena hari kebangsaan yang dimuatkan di blog, walaupun Najib tidak menamakan BERSIH tetapi membidas perhimpunan "tunjuk perasaan" yang dirancang pada masa dan tempat persediaan perarakan hari kemerdekaan akan dijalankan.