Polis juga ‘boikot’ sambutan ‘merdeka’ Pulau Pinang

  • 9 years ago
Selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terbabit dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang, hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula memutuskan untuk mengambil keputusan yang sama.

Menurut Bernama yang memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, keputusan itu berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Recommended