1.15am - Mangsa keracunan makanan dikejar ke hospital

  • 9 years ago
Pemimpin pasukan perubatan BERSIH, Geng Ta mengesahkan, pasukannya menerima 13 kes keracunan makanan setakat ini.

Katanya, 13 peserta mengadu mengenai sakit perut dan cirit birit dan seterusnya, enam orang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, ada pihak mengesyaki minuman yang diletakkan di tepi jalan itu dicemari oleh pihak tertentu.