'Kawan lama' ingatkan Najib: Parti, bukan peribadi

  • 9 years ago
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berpesan kepada ‘kawan lama’ beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kesetiaan yang diberikannya adalah kepada parti dan bukan terhadap mana-mana pemimpin.

Beliau yang juga Ketua Umno Semporna berkata, parti itu perlu mendapatkan keyakinan rakyat kerana tidak mahu Sabah kembali diperintah pembangkang seperti pernah berlaku sebelum ini.