'Tuntutan waris Sulu bersifat peribadi, bukan soal kedaulatan'
  • 2 years ago
Tuntutan kumpulan Sulu adalah tuntutan peribadi dan tidak ada kena-mengenai soal kedaulatan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata ia adalah tuntutan kepada kerajaan Malaysia sebagai menuntut apa yang dikatakan sewaan jajahan Sabah dahulu.

Terdahulu Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) ingin tahu mengenai isu tuntutan kumpulan Sulu selepas beberapa senator Filipina dilapor mahu memperbaharui tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian Filipina.