Azmin ingatkan Najib pasal MAS
  • 5 years ago
Menjawab gesaan pemimpin BN supaya kerajaan Pakatan Harapan bertanggungjawab terhadap kerugian Khazanah Nasional, Menteri Hal Ehwal EKonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerugian tersebut berpunca daripada pelaburan yang telah dibuat sebelum PH mengambil alih kuasa.Memetik kenyataan di Twitternya, Azmin mengibaratkan situasi itu meludah ke langit, terkena muka sendiri.Secara khususnya, beliau berkata kerugian paling besar Khazanah kerana pelaburannya dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang gagal memperbaiki prestasi syarikat itu.Meskipun benar Khazanah melaporkan kerugian RM6 bilion yang disebabkan oleh pengurangan nilai aset syarikat yang meningkat kepada lebih daripada RM7 bilion, kata Azmin, tetapi ini berpunca daripada semakan semula aset dan pelaburan yang telah dibuat sebelum kerajaan baru mengambil alih. Walau bagaimanapun, Azmin berkata tahun 2018 juga merupakan masa Khazanah membersihkan aset bermasalah dalam portfolionya.Semalam, Reuters melaporkan Khazanah mengalami kerugian sebanyak RM6.27 bilion sebelum cukai pada tahun lepas, dan memperkenalkan strategi pelaburan baru.Mengulas kerugian ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau berbangga syarikat pelaburan kerajaan itu tidak pernah mengalami kerugian ketika era pentadbirannya sebagai perdana menteri.Bagaimanapun, menurut laporan The Edge, kerugian dalam pelaburan Malaysia Airlines menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah kemerosotan Khazanah bagi tahun 2018.Khazanah telah menswastakan MAS dan menyuntik dana sebanyak RM6 bilion. Ia merupakan usaha Khazanah untuk menghidupkan semula syarikat penerbangan itu dan dipercayai syarikat pelaburan negara memiliki pegangan saham sebanyak 70 peratus dalam MAS.