PERKASA bantah bangsa dihapuskan dalam borang

  • 9 years ago
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA membantah keras saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup supaya bangsa atau etnik seseorang individu dihapuskan daripada borang di negara ini.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata negara seperti Amerika Syarikat dan India juga masih mengkehendaki rakyatnya menyatakan asal usul keturunan mereka di dalam borang.

Malah dakwanya, amalan di negara India mengkehendaki rakyatnya menyatakan kasta di dalam borang yang diisi.