Bersatu terima 300 borang ahli baru
  • 5 years ago
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Abu Bakar Yahya menggesa rakyat di Semenyih tidak membazirkan undi mereka dengan mengundi calon PH Muhammad Aiman Zainali pada pilihan raya kecil 2 Mac depan.

Ini kerana, katanya, undi rakyat Semenyih mampu menguatkan lagi kedudukan Pakatan Harapan yang memerintah kerajaan Pusat dan negeri.

Beliau berkata demikian dalam program Jalinan Silaturahim bersama NGO dan Penyerahan Borang Keahlian Bersatu di Semenyih hari ini.