Speaker tolak usul tarik balik kertas putih Memali

  • 9 years ago
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul supaya kerajaan mengemukakan usul membincangkan isu tragedi berdarah Memali pada 1985 dan menarik kertas putih yang disediakan oleh parlimen susulan pendedahan terbaru bekas menteri dalam negeri Tun Musa Hitam berkaitan peristiwa itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang bangun selepas selesai sesi soal jawab dan membangkitkan desakan itu semula dalam Dewan Rakyat selepas speaker menolak kerana "kenyataan itu dibuat dalam forum."