Speaker tolak usul Anwar bahas krisis ekonomi, ringgit jatuh

  • last year
Tiada keperluan mengadakan perbahasan tergempar mengenai krisis ekonomi kerana sesi semasa persidangan akan ditumpukan kepada Bajet 2023 mulai minggu depan, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Menurut Azhar, usul itu tidak perlu disegerakan antara lain kerana ia telah lapan kali dibahaskan di Dewan ini termasuk melalui usul tergempar.

Beliau berkata demikian ketika menolak usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim agar ahli parlimen membahaskan isu itu hari ini dan supaya Perdana Menteri menjawab masalah yang dibangkitkan.