Demo 1 Mei: Pakatan mahu 'merahkan' jalan depan Dataran

  • 9 years ago
Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan untuk berhimpun di Jalan Raja - berhadapan dengan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Bertemakan warna merah sebagai simbolik kepada perjuangan kaum buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata jalan berkenaan akan ditutup bagi perhimpunan yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok.

Beliau yang juga pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi dan NGO berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam.