Hadi tidak pasti masa depan Pakatan

  • 9 years ago
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui beliau tidak pasti tentang masa depan Pakatan Rakyat (PR) ekoran isu rang undang-undang persendirian hudud yang cuba dibawa beliau ke Parlimen.

Menjawab pertanyaan wartawan ketika dilobi parlimen, presiden PAS itu berkata, beliau tidak mempunyai kuasa bagi menentukan nasib dan masa depan gabungan pembangkang itu.

Tindakan PAS mendapat tentangan hebat rakan kompenannya dalam pakatan rakyat, di mana DAP mengatakan hudud bukan sebahagian dasar bersama dipersetujui PR, dan parti itu membuat keputusan menamatkan hubungan dengan Hadi.

Manakala PKR pula menyatakan ia tidak bersetuju dengan tindakan Hadi yang membelakangkan Majlis Pimpinan PR kerana membuat keputusan sendiri memohon membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen pada sidang semasa hingga 9 April ini.