PAS mahu S'gor hapuskan kuasa eksekutif MAIS

  • 9 years ago
Empat ahli parlimen PAS dari Selangor menggesa kerajaan negeri agar meminda undang-undang untuk menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi.

Pada sidang media bersama di lobi parlimen hari ini, mereka berkata MAIS adalah institusi yang dilihat rapat dengan Sultan Selangor.