PERKASA mahu sidang kemuncak anti-judi, rumah urut

  • 9 years ago
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mahu sebuah sidang kemuncak diadakan bagi menangani isu mesin judi haram, spa dan rumah urut serta pusat hiburan yang didakwanya mengancam akhlak dan ketenteraman awam.

Dalam kenyataan medianya, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis, jabatan agama serta agenda kerajaan berkaitan harus menerajui perkara berkenaan.