Skandal seks: Sanjeevan mahu burukkan polis, kata IGP

  • 9 years ago
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menempelak pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sanjeevan yang disifatkannya sebagai sengaja mahu memburukkan nama baik pasukan itu apabila membuat dakwaan salah laku polis tanpa mengemukakan bukti.

Menurutnya, polis menemui Sanjeevan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan video seks pegawainya namun, beliau enggan memberikan kerjasama sehingga memaksa polis mengemukakan notis kepadanya untuk menyerahkan bahan bukti.