SPRM siasat polis, IGP kata, tak tahu
  • 9 years ago
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui tidak tahu mengenai spekulasi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas anggota polis.

Secara sinis, katanya, sekiranya perkara itu berlaku, tidak mungkin pula SPRM memberitahu kepada pihak media.

Semalam, SPRM dilapor telah memulakan siasatan berhubung tindakan pelbagai pihak berkuasa dan individu yang dianggapa sebagai satu bentuk gangguan terhadap suruhanjaya itu yang menyiasat SRC International Sdn Bhd.