Ukraine dakwa gambar buktikan BUK dari Russia

  • 9 years ago
Agen Risikan Ukraine mendakwa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa puak pemberontak yang disokong oleh Russia adalah dalang yang menjatuhkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 sehingga menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Pada taklimat kepada Pusat Media Krisis Ukraine, ketua Perkhidmatan Keselamatan negara itu S-B-U, Vitaliy Nayda mendakwa terdapat gambar yang menunjukkan dua sistem peluru berpandu BUK-M1 menyeberangi sempadan dari Ukraine ke Rusia.