Wartawan: Russia dalangi pemberontak Ukraine

  • 9 years ago
Campurtangan Russia dalam politik Ukraine menyebabkan negara itu tidak stabil dan berlakunya pemberontakan, kata seorang wartawan negara itu, Nataliya Gumenyuk.

Menurut beliau, Kremlin bukan sahaja mencabuli wilayah bekas negara Kesatuan Soviet itu tetapi terus menghantar rakyat dan askar ke sempadan kedua-dua negara berkenaan.