Charlie Hebdo didakwa terus hina Nabi, Islam

  • 9 years ago
Tidak sampai seminggu selepas insiden serangan ke atas ibu pejabat Charlie Hebdo yang meragut 12 nyawa, akhbar mingguan Perancis itu terus melancarkan provokasi terhadap umat Islam.

Kali ini ia menyiarkan kartun terbaharu menghina Nabi Muhammad SAW pada muka hadapan akhbar itu semalam,.

Kartun kontroversi itu disiar menggunakan perkataan Je suis Charlie sebagai mengejek tindakan dua penyerang menyerang pejabat akhbar itu kerana membalas dendam terhadap perbuatan syarikat akhbar itu sebelum ini yang menghina Nabi Muhammad.