Kit Siang didakwa hina speaker,Pandikar tuntut mohon maaf
  • 9 years ago
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memerintahkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang untuk menarik balik dan menuntut mohon maaf berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina dirinya.

Pada sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini, Pandikar berkata tindakan akan diambil sekiranya Lim Kit Siang tidak membuat permohonan maaf yang mendakwa speaker menyalahgunakan kuasa dengan membekukan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama tiga bulan dalam usaha mensabotaj siasatan 1MDB