Belgium berjaga-jaga selepas serangan pengganas

  • 9 years ago
Selepas serangan di Perancis minggu lalu yang menyebabkan 17 orang terbunuh, polis di Belgium menembak mati dua suspek yang didakwa terbabit dengan beberapa siri keganasan.

Kedua-dua mereka dibunuh di timur bandar Verviers selepas melepaskan tembakan ke arah polis. Mereka dipercayai baru kembali dari Syria dan merancang menjadikan anggota polis sebagai sasaran.