Pusat Latihan Khidmat Negara tahun ini ditangguhkan

  • 9 years ago
Program Pusat Latihan Khidmat Negara tahun ini akan ditangguhkan sebagai sebahagian daripada langkah berjimat cermat berikutan pendapatan negara yang jatuh akibat kemerosotan harga minyak mentah dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan Perutusan Khas mengenai ekonomi dan kewangan semasa negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), berkata tindakan itu dijangka akan menjimatkan negara sebanyak kira-kira RM400 juta.