Tiada layanan istimewa untuk Anwar, kata Jabatan Penjara

  • 9 years ago
Jabatan Penjara menjelaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi sebarang keistimewaan dan menerima layanan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh.

Menulis di Facebook rasminya, jabatan itu memuat naik semula laporan berhubung perkara itu yang memetik seorang pegawai kanannya.

Dalam isu penggunaan Internet, katanya larangannya terpakai kepada semua banduan.