RM9.5j bukan habuan untuk tugas mendakwa Anwar, kata saksi
  • 3 years ago
Peguam kanan, Muhammad Shafee Abdullah, mendakwa wang bernilai RM9.5 juta yang diterimanya bukanlah sebagai imbuhan kerana bertindak sebagai pegawai pendakwa dalam rayuan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu dibuat dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Nasharudin Amir dan Zulfaqar Mohd Khalil yang masing-masing merupakan saksi keempat serta kelima pendakwaan berkata demikian dalam perbicaraan pengubahan wang haram membabitkan Shafee.