FBI sahkan pengganas paling dikehendaki Zulkifli Hir terbunuh

  • 9 years ago
Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mengesahkan bahawa Zulkifli Hir, salah seorang daripada pengganas paling dikehendaki terbunuh dalam satu operasi serbuan di Filipina, Januari lalu.

Jabatan Negara Amerika sebelum ini menawarkan 5 juta dolar bagi memberkas Zulkifli, seorang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah di bawah rangkaian al-Qaeda yang menjadi dalang dalam beberapa serangan bom di Filipina.

Penyiasat berkata, mereka berdepan dengan beberapa kesulitan dalam mengesahkan kematian Zulkifli disebabkan suspek terbunuh dalam serangan berdarah mengerikan yang menyaksikan 44 komando polis turut terbunuh.