Malaysia tak sokong IS, anggap militannya pengganas

  • 9 years ago
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin hari ini menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan menganggap Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria sebagai kumpulan pengganas.

Menjawab soalan bertulis dari ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya kerajaan juga tidak mengiktiraf sama sekali sebarang bentuk bantuan kepada kumpulan militan itu.