Maklumat siasatan 1MDB bocor, polis serbu pejabat SPRM

  • 9 years ago
Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diarah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung dakwaan kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Mereka termasuk Timbalan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai dan dua lagi pegawai yang dipanggil semula untuk memberi keterangan. Pihak polis juga dirakamkan hadir di Bahagian Operasi Khas di Ibupejabat SPRM di Putrajaya hari ini dan membawa dokumen serta fail sebelum beredar.