Hartawan China bawa 6,400 pekerja melancong ke Paris

  • 9 years ago
Seorang hartawan dari China, mencipta rekod dunia apabila membawa 6,400 kakitangannya bercuti serentak selama empat hari ke Perancis.

Percutian itu juga adalah sempena menyambut ulang tahun ke-20 syarikatnya.

Menurut laporan Daily Mail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57 tahun yang turut tersenarai antara individu terkaya oleh majalah Forbes, memberi kejutan manis dengan menempah 4,760 buah bilik hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.

Recommended