'Siasatan tak telus bakal cetus demo besar-besaran'

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook tidak menolak kemungkinan berlaku satu demonstrasi besar-besaran sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak meletak jawatan atau sekurang-kurangnya berehat sementara untuk memberi laluan kepada siasatan skandal 1MDB.

Katanya, bantahan besar-besaran kali ini bukan lagi anjuran parti-parti politik tetapi adalah gerakan rakyat yang terdiri daripada pelbagai pihak yang menuntut keadilan.