Demo bantah undang-undang buruh cetus rusuhan di Jakarta

  • 4 years ago
Beberapa siri demonstrasi membantah undang-undang berkaitan tenaga kerja berlangsung di beberapa wilayah di Indonesia semalam, termasuk di kota Jakarta yang turut mencetuskan rusuhan sehingga merosakkan harta benda awam.

Demonstrasi yang didokong golongan mahasiswa dan Persatuan Buruh Indonesia itu, adalah bagi membantah Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Isnin lepas.

Menurut media tempatan, demonstrasi secara aman itu bertukar menjadi kecoh selepas cuba disuraikan pihak polis itu, turut berlaku di beberapa kota lain di Indonesia, antaranya Lampung, Bandung, Tangerang, Makassar, Yogyakarta dan Surabaya.