Pemain kasari budak milo cetus pergaduhan besar
  • 6 years ago
Pertahanan Adelaide United, Michael Marrone dirakam mengasari 'ball boy' atau budak milo ketika aksi perlawanan akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA).

Tindakannya itu telah mencetuskan keadaan tegang dan berlaku pertelingkahan dengan para pemain pergi ketepi padang.

Marrone ingin mengambil bola daripada budak milo tersebut dengan datang dari belakang dan menyebabkan budak tersebut terjatuh.

Tindakannya itu adalah bagi mempercepatkan lontaran dilakukan dan permainan disambung kerana pasukannya sedang ketinggalan 1-2 kepada Sydney FC.

Marrone dilayangkan kad merah dan terlepas perlawanan menentang Western Sydney pada Ahad nanti.

FFA telah mengeluarkan notis tatatertib kepada Marrone kerana terlibat dalam kelakuan tidak sengaja yang serius.

Perlawanan tersebut dimenangi oleh Sydney FC dan budak tersebut dijemput ke atas pentas ketika pasukan menjulang piala.