Video budak dua tahun jatuh dari bas cetus kebimbangan

  • 8 years ago
Satu kejadian yang mencetuskan kebimbangan orang ramai berlaku apabila seorang budak berusia dua tahun secara tiba-tiba jatuh dari tingkap sebuah bas ketika jalan raya sesak dengan kenderaan.

Kejadian yang berlaku di Sichuan, China itu menjadi perdebatan hangat di kalangan penduduk tentang keselamatan kanak-kanak ketika menaiki bas.

Dalam perkembangan sama, perkhidmatan bas tersebut digan­tung dan pemandu berkenaan ti­dak dibenarkan bekerja selama tiga­ hari bagi membolehkan siasatan dijalankan.