Kadir Jasin: Apa susah Najib nafi akaun tak wujud?

  • 9 years ago
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin setelah meneliti kenyataan Datuk Seri Najib Razak berkata perdana menteri langsung tidak menafikan bahawa akaun atas nama beliau dengan simpanan AS$681 juta itu pernah wujud.

Menulis di blog, katanya, jika akaun itu tidak wujud, apa susahnya Najib sekali gus menafikannya atau AmBank menafikan yang akaun atas namanya tidak pernah wujud.