Anak Najib persoal akaun bank dibeku termasuk anak lelakinya
  • 6 years ago
Anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mendakwa bahawa akaun bank peribadinya telah dibekukan selepas beliau membayar wang ikat jamin bapanya, semalam.

Memetik di Facebooknya yang disiarkan dalam Instagram Ashman Najib, Nooryana mendakwa bahawa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan dengan jumlah simpanan RM100 juga dibekukan.

Nooryana juga mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan begitu berdendam dan berusaha untuk "menghapuskan" seluruh keluarganya.
Recommended