Muhyiddin: Jawatan nombor 2 Umno saya tak tergugat

  • 9 years ago
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat semalam sebagai timbalan perdana menteri yakin kedudukannya sebagai timbalan presiden Umno tidak akan tergugat.

Menurutnya, sebagai 'orang lama' walaupun tidak lagi menjadi timbalan perdana menteri beliau tidak merasakan kedudukannya akan terjejas pada mesyuarat majlis tertinggi Umno yang dijadualkan pada Jumaat ini.