Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata janji menghapuskan hutang PTPTN bukan perkara baharu dan pernah dilaungkan sebelum ini, namun gagal ditunaikan.
00:00Rakyat Sabah diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan janji pelupusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN yang kembali dijadikan modal politik menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 atau PRM-17.
00:14Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah atau Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia hanyalah skrip lama dalam bungkusan baharu untuk menarik undi.
00:25Nizam dalam kenyataannya pada Isnin berkata, rakyat Sabah tidak mudah lagi termakan janji manis yang hanya muncul apabila tiba musim Pilihan Raya,
00:36khususnya daripada pihak yang pernah diberi mandat memerintah tetapi tidak menunaikan janji berkenaan.
00:42Hujanya Kerajaan Sabah berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Haji Jinur lebih bersikap realistik dan bertanggungjawab dalam memperjuangkan pendidikan rakyat tanpa menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.
00:55Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk dana bantuan pendaftaran IPT bagi pelajar keluarga B40, pelaksanaan dermah siswa Sabah Manjujaya serta peningkatan peruntukan Yayasan Sabah untuk Biasiswa dan Bantuan Pendidikan.
01:11Kerajaan Sabah juga menyalurkan bantuan khas kepada mahasiswa Sabah yang menuntut di luar negeri serta terus memperjuangkan pembangunan sekolah daif di kawasan luar bandar.
01:21Nizam yang juga pembantu Menteri kepada Ketua Menteri mengingatkan pendidikan tidak sepatutnya dijadikan bahan kempen politik semata-mata, sebaliknya satu amanah besar untuk membina masa depan generasi muda Sabah.