Teka teki siapakah seharusnya mengisi kekosongan Kementerian Ekonomi yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli membuka kepada beberapa nama untuk diramal selaku pengganti, Penganalisis Politik USM, Datuk Dr. Sivamurugan Pandian memberi pandanganya tentang beberapa individu yang dilihat berpotensi.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tindakan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan pada 28 Mei menimbulkan teka-teki siapakah seterusnya mengisi kekosongan di kementerian kanan itu.
00:11Esra Awani memuancara penganalisis politik USM Datuk Dr. Siva merugan pandian bagi mendapatkan pandangannya mengenai beberapa individu yang dilihat berpotensi untuk menggantikan Rafizi.
00:24Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Tengku Zafrul, Tengku Abdul Aziz, Kamil Munim dan Dr. Nunsari Ahmad merupakan antara nama yang diberi perhatian oleh penganalisis politik itu.
00:36Menurut Siva Murugan, pengalaman Menteri Peladangan dan Komenditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku Menteri Kewangan dan mendapat undian tertinggi bagi jawatan naik Presiden UMNO menunjukkan beliau layak untuk menggalas tugas tersebut.
00:50Jadi jika sekiranya nama itu disebut sudah pasti berdasarkan kepada kredibiti beliau, reputasi beliau dan juga kemampuan serta kewibawaan yang telah dipamer selama ini.
01:06Malahan beliau memegang jawatan sebagai naik Presiden yang telah memenangi undi paling banyak di dalam parti UMNO menunjukkan bahawa itu dengan sendiri menampakkan bahawa parti sendiri menghormati kedudukan itu.
01:23Mengulas mengenai Tengku Zafrul, beliau berkata terdapat kekangan untuk Tengku Zafrul berada di posisi tersebut memandangkan tempoh senator Ahli Dewan Negara akan berakhir.
01:32Kemampuan beliau dan juga beliau dilihat antara pemimpin dalam kabinet yang telah memainkan peranan yang cukup signifikan.
01:42Di bawah kementerian, Perdana Land Industri dan juga antarabangsa menunjukkan bahawa portfolio lain yang boleh dipertimbangkan adalah sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri yang mempunyai status sebagai menteri.
02:07Selain kedua-dua menteri di Kabinet Kerajaan Mandani itu, Siva Murugan turut mencadangkan nama Ketua Angkatan Muda Keadilan Kamil Munim yang juga setiausaha politik Perdana Menteri di Kementerian Kewangan dan Pengurusi Malaysia Airport Holding Seberhat, Dr. Nung Sari Ahmad.
02:25Malah Siva Murugan juga berpendapat dengan melantik golongan teknokrat akan meredakan suhu politik yang sedang mendidih pasca pemilihan PKR 2025.
02:36Kata beliau, jawatan tersebut tidak seharusnya diisi dengan tergesa-gesa namun tempoh dua minggu memadai memandangkan ia merupakan kementerian yang penting.