Peserta dari Petaling Jaya, Selangor, Muhammad Shah Abdul Rashid atau Shah, 53, pula menyifatkan peluang menyertai KE 2025 sebagai platform untuk mengubah nasib keluarga.
Pernah berniaga di pasar malam, kehidupannya sekeluarga stabil suatu ketika dahulu. Namun, segalanya berubah selepas pandemik COVID-19 lalu perniagaan yang diusahakan terpaksa ditutup.
Saksikan program Kilauan Emas 2025 yang akan bersiaran bermulan 16 Ogos ini di saluran Astro Prima atau strim secara fleksibel di Astro Go dan sooka.