Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkaitan kes amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun.
Menurut peguam yang mewakili Naim, Mohd Irwan Sumadi, anak guamnya itu membuat pengakuan tersebut dan memohon untuk dibicarakan. Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Ogos depan.