Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Malaysia’s current economic framework lacks the complexity needed to achieve developed nation status, resulting in low value creation and suppressed wages, says former Economy Minister Datuk Seri Rafizi Ramli.

Debating the 13th Malaysia Plan in the Dewan Rakyat on Monday (Aug 4), Rafizi (PH–Pandan) said the education system fails to produce a skilled workforce for a high-value economy.

This, he noted, was why the 13MP—drafted during his tenure—proposed mandatory early childhood education starting at age five.

Read more at https://tinyurl.com/yfwa6zct

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tansri yang dipertua, masalah yang kedua ialah struktur ekonomi kita yang tidak mencapai tahap kompleksiti yang diperlukan untuk melonjak menjadi sebuah negara maju.
00:11Yang menyebabkan penciptaan nilai yang rendah itu menyebabkan majikan-majikan tidak boleh membayar gaji yang dikehendaki oleh rakyat.
00:22Dalam situasi rakyat Malaysia mahukan kehidupan yang setara dengan taraf hidup di negara-negara maju.
00:30Kita masih menghadapi kesukaran untuk beralih dari ekonomi yang berasaskan sumber asli dan perkilangan kepada industri yang berasaskan inovasi dan penciptaan nilai untuk bersaing dengan negara-negara maju.
00:44Dan ini berkait rapat dengan masalah nombor tiga yang cukup besar dalam negara kita.
00:51Dia bukan masalah untuk bertukar kerajaan saja.
00:53Masalah yang paling besar ialah masalah pendidikan iaitu sistem pendidikan yang tidak mampu menghasilkan tenaga kerja dan kepakaran yang diperlukan untuk membina ekonomi yang berkompleksiti tinggi ini.
01:09Bakat-bakat yang baik di negara kita.
01:12Walaupun mereka lulus SPM dengan baik, keluar universiti dari luar negara, cemerlang dengan beasiswa, akhirnya sebahagian besar daripada mereka akan terperangkap di dalam kerjaya yang dijaring oleh MNC dan GLC.
01:29Yang sebenarnya tidak membolehkan mereka mengambil risiko untuk mencipta nilai yang lebih besar seperti mana bakat-bakat dan rakan-rakan mereka sama ada di Silicon Valley ataupun Shenzhen.
01:44Paling hebat mestilah berlumba-lumba untuk menjadi orang-orang besar di GLC yang akhirnya diputuskan oleh orang politik juga.
01:53Masalah-masalah yang saya sebut tadi dikupas dengan baik dalam RMK13.
01:59Ada beberapa anjakan besar yang perlu dimulakan di dalam RMK13 sebagai tapak dalam bahasa Inggeris dengan izin foundation iaitu terutamanya ialah anjakan-anjakan yang berkaitan dengan pendidikan.
02:17Banyak tumpuan di dalam RMK13 bukan soal ekonomi, bukan soal projek kerana itu telahpun dikendalikan dalam tahun 2023-2024.
02:31Program-program dasar-dasar yang berkaitan ekonomi itu telahpun dibuat lebih awal.
02:35Yang kita tumpu di dalam RMK13 ialah mengenai pendidikan kerana ini adalah masa depan negara.
02:44Perkhidmatan pendidikan prasekolah yang universal bermula 5 tahun sebenarnya diperlukan kerana mengambil kira dengan izin garbage in, garbage out.
02:56Kalau kanak-kanak tidak dididik dengan baik pada umur yang potensi perkembangan dia adalah baik iaitu pada umur 5 tahun ke 9 tahun.
03:07Bila mereka dah masuk dajah 4, dajah 5, buat macam mana pun mereka telahpun ketinggalan.
03:14Negara-negara lain menghabiskan sumber semasa pendidikan awal, bukannya semasa universiti, tingkatan 5 dan sebagainya.
03:23Sebab itu, kalau tengok dalam RMK13, kita tidak letak angka pun berapa bilion, berapa dan sebagainya,
03:31tetapi komitmen untuk menyediakan pendidikan prasekolah secara universal bermakna sesiapa pun jadi kerajaan selepas ini
03:41mestilah membuat keutamaan untuk memastikan sekolah-sekolah di seluruh negara dalam tempoh 5 ke 10 tahun
03:50mestilah mampu untuk memberikan perkhidmatan prasekolah yang universal kepada semua.
03:57Dan ini juga akan membantu kebanyakan keluarga-keluarga muda kita kerana kos prasekolah adalah sangat mahal.
04:05Paling kurang RM300-400 sebulan untuk seorang.
04:08Dengan menyediakan pendidikan prasekolah, itu bermakna kita akan menjimatkan RM800,000 daripada satu keluarga muda dalam tahun-tahun akan datang.
04:19Seterusnya, kita juga tahu bahawa sekolah mestilah berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana kita negara menua, satu.
04:30Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun.
04:39RMK13 juga, sebahagian dari IPG perlu dikhususkan untuk latihan dan pembangunan profesional kerana kita sedia maklum,
04:58Kalau kita berbincang mengenai pendidikan dan mutu pendidikan di negara kita, kita selalu berbincang mengenai syllabus, sukatan mata pelajaran.
05:09Tapi kalau syllabus hebat macam mana pun, tetapi guru tidak dilatih, tidak diberikan sumber yang sebaiknya, tidak diangkat menjadi profesional,
05:19Macam mana syllabus yang bertaraf antarabangsa itu, hendak disampaikan oleh guru yang sebenarnya tidak mendapat perhatian dan latihan yang sewajarnya.
05:30Sebab itu, kita perlu terima hakikat bahawa sebelum ini kita telah mengabaikan perkembangan profesional guru-guru.
05:38Dan sebab itu dalam RMK13, bila itu telah menjadi dasar, maksudnya kerajaan-kerajaan selepas ini mestilah memperuntukkan yang sewajarnya untuk pembangunan guru.
05:51Dan mengenai pendidikan, satu perkara yang langsung saya lihat tidak disentuh baik oleh media dan juga dewan,
05:59Ialah RMK13 memandatkan penubuhan majlis pendidikan negara.
06:04Sebabnya ialah sebelum ini, pendidikan iaitu sektor yang paling besar dalam negara kita,
06:12Tidak mempunyai satu majlis yang merentasi kementerian dan sektor.
06:19Semua penterjemahan dasar pendidikan dilakukan oleh kementerian pendidikan semata-mata.
06:26Sedangkan semua sektor-sektor lain, daripada pertanian, kepada ekonomi, kepada tenaga, sebenarnya merentasi sektor.
06:36Perlu mendapatkan maklum balas dan juga tekanan daripada sektor lain,
06:41Supaya dasar yang digubal itu boleh memenuhi kehendak semua sektor.
06:46Pendidikan tak begitu.
06:47Hanya dibuat oleh kementerian pendidikan sahaja.
06:51Sedangkan, segala-galanya dalam negara kita ini bermula daripada bilik darjah.
06:57Bilik darjah lah yang menentukan jenis injenia yang keluar.
07:01Bilik darjah menentukan ekonomi negara kita.
07:04Jadi, dengan tertubuhnya majlis pendidikan kebangsaan ini,
07:08Saya berharap suara dan pandangan umum rentas sektor dan industri dan kementerian ini
07:15Akan membolehkan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan kita berlaku dengan lebih baik.

Recommended