Perhimpunan pembangkang di ibu negara, Sabtu lalu dilihat memakan diri apabila Perikatan Nasional (PN) kini kembali terpalit kepada persoalan calon perdana menteri atau 'poster boy' bagi PRU16, kata penganalisis.
00:00Perhimpunan pembangkang di Ibu Negara Sabtu lalu dilihat memakan diri apabila Perikatan Nasional kini kembali terpalit kepada persoalan calon Perdana Menteri atau Poster Boy bagi PRU16, kata penganalisis.
00:16Shazah Syukri, ahli akademik dari Universiti Islam Antarbangsa Malaysia berkata perkara terbabit kembali diperkatakan memandangkan tema perhimpunan yang mendesak Anwar Ibrahim turun dari kedudukan sebagai Perdana Menteri.
00:30Katanya isu Poster Boy sepatutnya boleh dibincangkan apabila PRU16 hampir tiba.
00:36Menurut Shazah, persoalan itu turut disuarakan pemimpin komponen PN seperti Mursyidul Ampas, Hashem Jasin, yang menyatakan PN hanya akan memutuskan siapa calon Perdana Menterinya selepas gabungan berkenaan mengambil alih tampuk pentadbiran Putrajaya.
00:54Fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan turut senada, kegagalan mencapai kata sepakat berhubung calon Perdana Menteri boleh mendedahkan pergolakan dalaman PN.
01:04Beliau berkata kenyataan Hashem itu juga akan memberikan kesan kepada pengundi yang bukan hanya mahu mengundi calon pilihan raya tetapi memilih Perdana Menteri dengan memberi kemenangan kepada parti.