Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Selain pelancaran rasmi Lamborghini Temerario, satu lagi model hibrid berprestasi tinggi turut dipamerkan di Malaysia iaitu Lamborghini Revuelto.

Revuelto dikuasakan oleh enjin V12 6.5 liter yang digandingkan dengan tiga motor elektrik dua di gandar hadapan dan satu di belakang menghasilkan kuasa gabungan mencecah 1001 Kuasa Kuda (746 kW) dan 725 Nm tork pada 6,750 rpm.

Kuasa ini disalurkan menerusi transmisi klac berkembar 8-kelajuan (AMT DCT), lengkap dengan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), ABS dan TCS yang dioptimumkan mengikut mod pemanduan yang dipilih.

Walaupun berstatus supercar V12, Revuelto mencatatkan penggunaan bahan api kombinasi sekitar 11.86 liter bagi setiap 100 km, dengan emisi CO2 sebanyak 276 g/km mengikut piawaian WLTP.

Bersama-sama dengan Urus SE dan Temerario, Revuelto mengukuhkan lagi komitmen Lamborghini terhadap mobiliti hybrid berprestasi tinggi yang lebih cekap dan mesra alam untuk masa depan.

Category

🚗
Motor
Transcript
00:00I love you, I love you, I love you
00:30I love you, I love you

Recommended