Secara jujurnya, admin pun tidak begitu mahir tentang sejarah penuh Yamaha SS110 atau SS2, namun satu perkara yang pasti versi SS110 Limited Edition berwarna emas ini memang cukup unik dan jarang dilihat.
Buat mereka yang pernah memiliki model SS ni, apa cerita sebenar di sebalik SS110 Limited Edition ini? Adakah ia sekadar facelift kosmetik, atau punya perbezaan teknikal berbanding model terdahulu?
Kami buka ruang untuk anda berkongsi sejarah atau spesifikasi model ini. Siapa tahu, mungkin ada fakta menarik yang ramai belum tahu.