Deputy Finance Minister Lim Hui Ying told the Dewan Rakyat on Monday (July 21) that a total of 1.4 million "buy now, pay later" (BNPL) accounts had been registered by credit providers in just the first six months of 2025.
00:00Objektif utama RUUKP adalah untuk melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara dengan mengawal selia semua perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit,
00:13memastikan perlakuan yang baik dan amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh peserta industri kredit dan menggalakkan kemajuan industri kredit yang adil, cekap dan telus.
00:25Rang undang-undang ini digubal bagi menangani dua permasalah utama yang dikenalpasti melalui analisis, permahatian serta rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
00:38Permasalahan pertama ialah kelompongan yang nyata disebabkan oleh kewujudan peserta industri yang tidak dikawal selia,
00:47di mana perniagaan mereka turut menyasarkan pengguna kredit yang rentan dan terdedah kepada risiko eksploitasi.
00:54Bagi mengurangkan risiko ini, RUUKP digubal untuk mengawal selia pemberi kredit yang semakin berkembang seperti syarikat beli sekarang,
01:03bayar kemudian dengan izin buy now pay later atau BNPL dan pemberi perkhidmatan kredit seperti syarikat pemungutan hutang yang tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak berkuasa.
01:15Situasi ini jika tidak dipantau dan dikawal boleh menimbulkan risiko kepada pelakuan tidak adil dan bersifat memperguna serta tahap keberhutangan isi rumah yang tidak terkawal.
01:28Datuk yang dipertua, jumlah bilangan transaksi BNPL telah meningkat daripada 83.8 juta transaksi pada separuh tahun kedua 2024 kepada 102.6 juta transaksi pada separuh tahun pertama tahun ini.
01:48Jumlah nilai transaksi BNPL telah meningkat daripada RM7.1 bilion pada separuh kedua tahun lepas kepada RM9.3 bilion pada separuh pertama tahun ini, mencatatkan peningkatan sebanyak 31%.
02:06Sementara itu, jumlah akaun BNPL yang aktif juga telah meningkat daripada 5.1 juta akaun pada akhir tahun 2024 kepada 6.5 juta pada akhir bulan Jun tahun ini.
02:23Pertumbuhan ketara BNPL boleh menimbulkan risiko kemudaratan terutamanya kepada pengguna kredit rentan iaitu mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap
02:34atau berpendapatan rendah atau kurang arif dalam urusan kewangan.