00:00Perwakilan Bersatu Marang sebulat suara mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai poster boy Perikatan Nasional untuk PRU-16.
00:11Perkara itu dinyatakan ketuanya Razali Idris sempena persidangan tahunan bersatu bahagian yang berlangsung di seluruh negara bermula semalam hingga esok.
00:20November lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Muhyiddin harus kekal sebagai poster boy untuk PN bagi menghadapi PRU-16 susulan kemenangan sebagai Presiden Parti pada pemilihan awal bulan itu.
00:38Bagaimanapun, PAS menerusi Masyidil Al-Am Hashim Yassin menegaskan pemilihan ketua PN yang sekaligus diangkat calon Perdana Menteri Komponen itu perlu dirunding untuk menilai semua aspek.
00:53Hashim berkata PAS bukan mahu berebut jawatan tetapi perbincangan membabitkan semua parti komponen perlu menjadi asas dalam membuat keputusan tidak hanya pihak tertentu sahaja.