00:01Hakim Besar Malaya Hasnah Hashim akan memangku jawatan Ketua Hakim Negara sesulan persyaraan Tengku Maimun Tuan Mak.
00:09Pejabat Ketua Pendaftar berkata pelantikan itu selaras perkara 131A Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 901-B dan 903 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
00:24Tengku Maimun menjadi wanita pertama dilantik Ketua Hakim Negara di Malaysia.
00:27Beliau bersara isni lalu selepas mencapai usia persaraan wajib 66 tahun.
00:34Hasnah yang dilantik Hakim Besar Malaya November lalu mendapat lanjutan 6 bulan baru-baru ini.
00:40Beliau akan bersara 14 November nanti.
00:43Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim turut melepaskan jawatannya semalam selepas mencapai usia sama.
00:51Tidak jelas siapa yang bakal dilantik mengisi dua jawatan tertinggi itu.
00:55Perkara 122B-1 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan yang di-Pertuan Agong melantik Hakim berdasarkan nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan majlis raja-raja yang dijangka bersidang dalam tempoh dua minggu.