Ibu kandung dan bapa tiri dipercayai mendera kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) cacat fizikal hingga maut direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Melaka, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'Acob.
Perintah reman terhadap pasangan berusia 36 dan 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga 30 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
00:00Ibu kandung dan bapa tiri dipercayai mendera kanak-kanak perempuan orang kurang upaya OKU cacat fizikal hingga maut di Rehman tujuh hari di Mahkamah Magistrat Melaka pada Selasa.
00:11Perintah Rehman terhadap pasangan berusia 36 dan 38 tahun itu dikeluarkan Magistrat Shardashienher Mohamad Suliiman sehingga 30 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
00:24Terdahulu, pasangan suami isteri yang berpakaian lokap jingga tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan polis sebelum dibawa keluar dari mahkamah sejam kemudian.
00:36Terdahulu sinar harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri.
00:44Menurut sumber, insiden yang menimpa kanak-kanak malang itu terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta sekitar jam 9.45 pagi.
00:54Pegawai perubatan memaklumkan seorang kanak-kanak dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan disyaki didera sebelum disahkan meninggal dunia.
01:03Hasil pemeriksaan pesakit mengalami patah kaki dan terdapat kesan lebam bahagian kepala serta badan.
01:10Mangsa yang berada dalam keadaan parah dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan diwat kecemasan hospital berkenaan.