"Masa baru kahwin, dia sibuk nak anak tapi bila mengandung bekas suami kata kalau anak lahir dia nak saya check dna anak. Dia tuduh saya menjalang.
"Tuduhannya memang perit sebab dia yang menjalang tidur dengan kawan baik saya sendiri. Saya ada bukti dia curang, jiran2 juga pernah nampak dia bawak perempuan masuk rumah. Anak yang saya impikan akan bersama saya tak panjang usianya kerana semasa kali pertama buka buku pink, doktor kesan arwah anak saya tiada gerakan lagi.
"Bekas suami bukan saja tuduh saya menjalang tapi dia selalu pukul saya hingga lebam2 satu badan. Alasannya sayang dan setiap kali pukul, dia minta maaf.
Ikuti pengalaman Iman yang menjadi mangsa dalam keganasan rumahtangga semasa perkahwinan pertamanya dahulu.
Percayalah, seorang wanita tidak pernah meminta kesempurnaan di dalam hubungan rumahtangga. Cukuplah hanya hormat, kasih sayang & tanggungjawab dari seorang yang bergelar ‘suami’. Tetapi jika yang ada hanyalah derita, tangisan & penderaan, haruskah seorang wanita ini terus bertahan?
Jangan lupa tonton video penuh 25 jun ini di FB, IG & YT Mingguan Wanita.