Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6/17/2025
Bekas pengarah Jabatan Belia dan Sukan nafi terima rasuah berjumlah RM126,100

Bekas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Selasa, atas lima tuduhan menerima rasuah dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM126,100, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Ya'acob.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 kurungan 2 Aktar sama.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #rasuah #tuntutanpalsu #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Bekas pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesen Melaka pada Selasa atas lima tuduhan menerima rasuah dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM126,100.
00:12Tertuduh, Airul Adri Rosli, 51 tahun, membuat pengakuan itu sebaik semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elisabeth Payawan.
00:21Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa mengemukakan butiran matan palsu terhadap kerja-kerja menaik taraf gelanggang tenis dan petang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka bernilai RM126,100.
00:35Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Belia dan Sukan Negeri Melaka pada 8 Disember 2023.
00:41Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Kurungan 2 Akta Sama.
00:53Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, tertuduh didakwa menerima RM8,000 daripada seorang lelaki berusia 63 tahun yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja menaik taraf gelanggang tenis dan petang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka bernilai RM126,100.
01:09Tindakan itu dilakukan di empat lokasi berbeza sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC dan Bukit Baru Melaka antara 25 September 2023 hingga 25 Jun 2024.
01:24Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
01:39Terima kasih kerana menonton!

Recommended