Ahli Ekonomi, Aimi Zulhazmi Rashid berpadangan kemudahan pengecualian cukai bagi perkhidmatan tertentu dan penetapan nilai ambang lebih tinggi meminimumkan kesan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
00:00Ahli Ekonomi Aimi Zulhazmi Rashid berpandangan pengecualian cukai bagi perkhidmatan tertentu dan penetapan nilai ambang lebih tinggi,
00:09meminimumkan kesan kepada perusahaan kecil dan sederhana.
00:14Ahmad Razman Abdul Latif dari Putra Business School pula bersetuju,
00:18langkah kerajaan menaikkan nilai ambang hanya memfokuskan kepada syarikat besar,
00:22manakala kebanyakan PKS hanya berdepan kesan minima.
00:26Sementara Presiden Persatuan Kontraktor Kelas F, Tukiman Radion pula berkata walaupun ahlinya dijangka tidak terjejas dengan peluasan cukai perkhidmatan,
00:36namun masih timbul kebimbangan dari segi kesarantayan.
00:40Berkuatkuasa 1 Julai, skop cukai perkhidmatan dipeluas meliputi enam jenis perkhidmatan,
00:46iaitu sewaan atau pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.
00:53Terdapat contoh-contoh mungkin perkhidmatan yang kerajaan dapati mungkin perlu diberi sedikit kelonggaran.
01:02Itu telah dilaksanakan contohnya untuk kedai makan, nilai ambangnya dinaikkan ke 1.5 juta.
01:09Untuk pembinaan juga telah digunakan nilai ambang yang lebih tinggi iaitu yang 1.5 juta
01:17supaya mungkin kurang mengibatkan kontraktor-kontraktor kecil.
01:23Sama juga dengan untuk klinik juga digunakan nilai ambang 1.5 juta.